xsHaHbUdAkM1sTeRix

Wednesday, May 27, 2009

.: Program Celik IT Di SMK Aminuddin Baki :.



Pada 20 dan 21 Jun 2009, Saya bersama-sama ejen perubah kedai.kom Kampung Temin (Mohamad Sabri Bin Yusof Latif) telah bergabung tenaga selaras dengan konsep "twinning" telah membuat satu program "Celik IT' di sebuah sekolah menengah yang terletak di Chemor (SMK Aminuddin Baki, Chemor). Program ini mendapat sambutan di kalangan para pelajar dan tenaga pengajar kerana sekolah tersebut merupakan sekolah yang berasaskan IT. Sebagai contoh, penggunaan WiFi atau Internet tanpa Wayar digunapakai di sana.


Sasaran para pelajar (peserta) ditetapkan oleh pihak sekolah, kali ini pihak sekolah memilih pelajar-pelajar di kelas atasan iaitu di kelas yang pertama. Para pelajar di tingkat dua, tiga dan lima dipilih. Alasan kenapa pihak sekolah berbuat demikian ialah untuk memantapkan sijil akademik para pelajar di kelas tersebut supaya mereka lebih terdedah dan sensitif dengan perubahan globalisasi kini.


Program Celik IT ini disisipkan dengan proses pelajaran dan pembelajaran seperti di sekolah. Di mana setiap peserta perlu menyalin nota-nota atau maklumat-maklumat yang penting sepanjang program tersebut. Di samping itu juga, para pelajar diberi peluang untuk mencuba sendiri perisian dan kemahiran yang didedahkan ketika di program tersebut.


Seramai 103 orang pelajar dan dua orang guru iringan telah menyertai program Celik IT ini, dan malangnya 15 orang tidak dapat menghadirkan diri pada hari yang berikutnya kerana mereka terlibat dengan aktiviti kokurikulum di sekolah.


Alhamdulillah, berdasarkan borang maklum balas peserta yang kami dapati, rata-ratanya berpuas hati serta berharap program bermanfaat seperti ini diteruskan lagi pada masa yang akan datang untuk melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Barakah.... Terima kasih kepada Cikgu Faris kerana beliaulah orang yang paling banyak membantu kami.



Sekilas Kenangan..

0 comments: