xsHaHbUdAkM1sTeRix

Sunday, July 5, 2009

. : Program OUTREACH (Kursus Kesedaran ICT) :.



Pada 28 Jun 2009 yang lalu, PPKR Fasa 5 telah berjaya mengadakan progam Outreach "Program Kesedaran ICT" di Kedai.kom Kg. Kuala Sayong Hulu, Kuala Kangsar.

Program tersebut telah berjaya melatih 137 orang peserta yang terdiri dari kanak-kanak, remaja dan dewasa. Peserta telah dilatih menghasilkan poster menggunakan aplikasi Ms Word, melayari internet dan membina blog. Selain itu, peserta juga melakukan berbagai aktviti selingan dan sukaneka.

Pihak tuan rumah, En. Hadi dan En. Isa telah memainkan peranan dengan begitu baik. Mereka telah melakukan promosi dan persediaan yang hebat. Komuniti kampung juga memberikan sambutan yang menggalakkan. Pihak Jabatan Kesihatan telah memberikan pemeriksaan kesihatan percuma dan pameran kesihatan. Terdapat juga beberapa usahawan-usahawan yang membuka meja jualan.

Ejen-ejen perubah yang terlibat (Shah, Sabri, Hidayah, Wawa, Suhaida, Suhaiza, Kamal, Pn. Norsinah & Azna) telah memainkan peranan yang tidak kurang hebatnya. Pasukan pengendali telah diketuai oleh Subhah, Bai dan Redz dari Warisan.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh YB ADUN kawasan Bukit Chandan, Dato' Wan Khairil Anuar. Pihak Maxis telah diwakili oleh En. Zulkaperi. Sementara itu, Penghulu dan Ketua Kampung juga turut hadir semasa majlis penutup. Peserta telah mempersembahkan aktiviti yang mereka pelajari kepada para hadirin.

Menjelang 2 Ogos 2009 ini dijadualkan satu lagi program OUTREACH akan dilaksanakan. Diharapkan semua pihak terlibat.

Sejenak Di OUTREACH

0 comments: