Pada 14 Ogos yang lalu, saya terpanggil untuk melaksanakan sebuah program ICT di Kedai.Kom Banggol Jas yang diterajui oleh Encik Faridan. Pada permulaanya, program ini telah dirancang pada 7 Ogos yang lalu. Tetapi oleh sebab - sebab tertentu, saya tidak dapat melaporkan diri pada hari tersebut.
Alhamdulillah, dengan sebulat hatinya Encik Faridan telah menangguhkan program tersebut ke minggu hadapan berikutan beliau khuatir program ini akan berlanjutan ke hari Isnin. Dimana majoriti para peserta adalah di kalangan pelajar sekolah. Program ini dilaksanakan serta berjalan dalam masa Tiga hari iaitu pada hari Jumaat, Sabtu, dan Ahad.
Pada hari Jumaat atau Slot pertama, saya memperkenalkan mereka dengan "Apakah itu Komputer? " rata- rata mereka hanya tahu Myspace, Friendster, Speaker, Headphone, Game, Counter Strike, dan dengar lagu. Tetapi mereka tidak tahu fungsi sebenar sesebuah komputer iaitu untuk membuat tugasan seperti menaip surat, membuat persembahan (presentation) , mencipta dan mengolah grafik dan banyak lagi. Di samping itu , saya juga turut memperkenalkan mereka dengan komponen-komponen pada sesebuah komputer serta kaedah-kaedah dan cara -cara menjaga komputer dengan betul.
Selain perkenalan asas kepada Komputer, saya juga turut mengajar aplikasi Microsoft Office. Di mana saya menunjukkan cara membuat muka depan sesebuah Folio dengan mengaplikasikan fungsi Watermark, Header & Footer, Table dan Border. Saya mengamalkan konsep "Tengok Dan Buat" bermakna mereka melihat hasil kerja saya terdahulu,selepas itu baru mereka mengikutinya dengan kreativiti sendiri.
Dan begitu juga dengan sesi pengajaran Microsoft Power Point di mana saya memberikan tajuk tetap iaitu "Hobi Saya" dan membiarkan mereka mengolah dan mengeluarkan idea sendiri.
Pada Slot yang kedua pula, saya mengajar mereka perisian tambahan iaitu Photoscape. Photoscape adalah sebuah perisian yang percuma untuk semua orang memuat turun tanpa ragu -ragu. Ia berfungsi seperti perisian Photoshop sendiri iaitu mengedit dan mengolah gambar, dan juga mempunyai fungsi-fungsinya yang lain iaitu membuat animasi GIF, membuat frame, dan banyak lagi. Sesi pengajaran Photoscape menjadi lebih menarik apabila, rata-rata para peserta adalah terdiri dari kaum wanita di mana kaum wanita lebih cenderung mengedit dan mengolah gambar mereka sendiri dan di muatkan kedalam blog-blog atau laman peribadi mereka.
Mencipta akaun E-Mel sendiri juga turut diajar, kerana ia akan memudahkan pendaftaran di Blog (pada slot ketiga nanti)
Pada slot yang ketiga, saya hanya memfokuskan kepada pengajaran Blog kerana pengajaran Blog memerlukan masa yang panjang dan ia agak rumit pada sesorang yang baru terdedah akannya. Pada sesi pengajaran blog, seperti kebiasaan saya mengajar mereka mencipta akaun Blog sendiri dengan menggunakan E-Mel yang baru dicipta semalam. Dan situ juga, saya mendedahkan mereka fungsi-fungsi Blog, kelebihan dan kekurangan Blog berbanding Laman Web serta manfaatnya kepada individu. Di samping itu juga, saya mengajar mereka mengapilkasi dan mengolah HTML dan Java Code untuk menaikkan seri sesebuah Blog.
Alhamdulillah, keseluruhan mereka lebih meminati Blog kerana ia melibatkan penggunaan Internet, dan pada skop pandangan mereka. Mereka beranggapan dengan melibatkan diri dalam dunia Blog sahaja dapat menyerlahkan diri kepada masyarakat. Di harap usaha dan semangat mereka (para peserta) lebih konsisten dan berterusan.
Semoga Program seperti ini diteruskan lagi pada masa yang akan datang, kerana ramai lagi anak - anak muda di luar bandar sana yang mempunyai potensi untuk menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang. Ukhuwahul Fillah
Pengalaman Mengajar Saya Ketika Di sana
0 comments:
Post a Comment